Semalam tengah duk saja-saja, aku ada r terjumpa kertas . Then bacalah. Kertas tu pasal jenis cinta .
Cinta Pengorbanan
-Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu,amat memahami dan pemaaf. Pengamal gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Mereka juga akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia.
Cinta Permainan
-Mereka yang mengamalkan gaya ini selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya. Mereka suka memainkan perasaan ataupun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka sebenarnya.
Cinta Kepunyaan
-Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin bersama setiap masa. Tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan bersama. Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa yang sama juga mahu merasa dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu, mereka sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing .
No comments:
Post a Comment